Jenis Guru Yang Mengajar Kitab





Empat Jenis Guru Yang Mengajar Kitab

1)Tahap 1(شارح المباني)

-Guru yang menghuraikan maksud lafaz, tempat kembalinya dhamir, i'rob lafaz dan lain-lain.

Sebagai contoh:

Kata Ibn Ajurrum:

الكلام هو اللفظ المركب المفيد بالوضع، وأقسامه ثلاثة.

Guru tahap (1) ini akan menghurai seperti berikut

Alif Lam pada al-kalam disitu ialah Alif lam Al-'ahdiyyah, manakala dhamir (ه) pada أقسامه berbalik kepada Al-kalam......


2)Tahap 2(شارح المعاني)

-Guru yang menghuraikan Makna-makna disebalik ibarat kitab.

Ambil kalam Ibn Ajurrum tadi sbg contoh,

Guru tersebut akan menghuraikan tentang penggunaan yang pelbagai terhadap perkataan Kalam. Itlaqnya disisi ulama' lughah berbeza dengan ulama' aqidah & sebagainya. Al-murakkab disitu mungkin boleh bermaksud tarkib mazji, idhafi atau isnadi dan huraian tentang jenis tersebut...





3)Tahap 3(شارح المقاصد)

-Guru yang menghuraikan tujuan penulis disebalik ibarat-ibarat kitab.

Jika diambil contoh yang sama, guru tahap ini akan menghurai seperti berikut

Ibn Ajurrum menyusun kitab ini dengan bermula pada bab Al-kalam kerana kalam Arab merupakan maudhu' pengajian ilmu Nahu/tatabahasa. Beliau kemudian menyambungkan perbahasan kepada pembahagian kalam kerana kalam arab terbahagi kepada tiga jenis(isim, fi'il, harf) . Jika pelajar telah faham pembahagian ini, barulah pelajar boleh memahami dengan baik Bab Al-mu'rab & Al-mabni.

Setiap komponen ini (isim, Fi'il, Harf) mempunyai cara untuk mengenalnya. Dengan mengenalnya pelajar dapat bezakan mana yang mu'rab dan mana yang mabni. Pelajar juga tahu bagaimana merangka jumlah ismiyyah & jumlah fi'liyyah dengan baik jika telah fahami dengan baik pembahagian ini.......


4)Tahap 4(الشارح الجامع)

-Guru yang menggabungkan kesemua tahap-tahap yang lalu tadi. Ini tahap paling lagenda. Guru sebegini tidak patut dilepaskan dan seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin.

Seorang pengajar kitab haruslah bercita-cita menjadi yang tahap ke-4 ini. Kerana inilah tahap guru yang tanpa syak lagi akan melahirkan ahli ilmu yang rasikh.

Wallahu a'lam







Kredit Fb: Abdul Aziz


Comments

Popular posts from this blog

SELAWAT PENYEMBUH PENYAKIT

Jom Ulangkaji Bab Puasa, tidak lama lagi Ramadhan

INDAHNYA AKHLAK ULAMA YANG BENAR