7 SEBAB MENGAPA KITA PERLU BERBAKTI KEPADA GOLONGAN FAKIR MISKIN

PERTAMA:
Memuliakan mereka termasuk dalam perkara yang diwasiatkan oleh Nabi s.a.w:
عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ قَالَ: أَوْصَانِيْ خَلِيْلِي بِسَبْعٍ : بِحُبِّ الْمَسَاكِيْنِ وَأَنْ أَدْنُوَ مِنْهُمْ...
Dari Abu Dzar r.a , dia berkata: “Kekasihku (Nabi s.a.w) berwasiat kepadaku dengan 7 perkara (dan salah satu daripadanya) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka....” (Ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 1649)
KEDUA:
Mereka merupakan penghuni syurga yang paling ramai lagi dimustajabkan doanya oleh Allah s.w.t. Sabda Nabi s.a.w:
أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَعِّفٍ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لأَبَرَّهُ ، أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ
“Mahukah aku khabarkan kepada kamu siapakah penghuni syurga? (Mereka ialah) setiap orang yang lemah dan dianggap lemah oleh manusia, tetapi jika dia bersumpah atas nama Allah, pastilah dikabulkannya. Mahukah aku khabarkan pada kamu siapakah penghuni neraka? (Mereka itu ialah) setiap orang yang keras, kikir (bakhil) dan gemar mengumpulkan harta lagi sombong.” (Sahih al-Bukhari, no. 4918 dan Sahih Muslim, no. 2853)
KETIGA:
Mereka merupakan golongan yang dekat dengan Nabi s.a.w pada Hari Kiamat kelak. Baginda s.a.w pernah berdoa kepada Allah:
اَللَّهُمَّ أَحْيِنِيْ مِسْكِيْنًا وَأَمِتْنِيْ مِسْكِيْنًا وَاحْشُرْنِيْ فِيْ زُمْرَةِ الْمَسَاكِيْنِ.
"Ya Allah, hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin dan kumpulkanlah aku bersama orang-orang miskin". (Sunan Ibnu Majah, no. 4126)
KEEMPAT:
Mereka akan masuk ke syurga jauh lebih awal daripada golongan kaya. Sabda Nabi s.a.w:
يَدْخُلُ فُقَرَاءُ الْمُؤْمِنِينَ الْجَنَّةَ قَبْلَ الأَغْنِيَاءِ بِنِصْفِ يَوْمٍ خَمْسِمِائَةِ عَامٍ.
“Orang mukmin yang faqir akan memasuki syurga sebelum orang-orang kaya iaitu setengah hari yang sama dengan 500 tahun.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4122 dan Sunan at-Tirmidzi, no. 2353)
KELIMA:
Orang yang berbakti kepada mereka akan diberi ganjaran seperti jihad di jalan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
السَّاعِى عَلَى اْلأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِيْنِ كَالْمُجَاهِدِ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.
"Orang yang membiayai kehidupan para janda dan orang-orang miskin bagaikan orang yang berjihad di jalan Allah." (Sahih Muslim, no. 2982)
KEENAM:
Doa mereka menjadi sebab turunnya pertolongan dan rezeki daripada Allah s.w.t. Sabda Nabi s.a.w:
هَلْ تُنْصَرُوْنَ وَتُرْزَقُوْنَ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ
“Kamu hanyalah mendapat pertolongan dan rezeki dengan sebab adanya orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Sahih al-Bukhari, no. 2896).
إِنَّمَا يَنْصُرُ اللهُ هَذَهِ اْلأُمَّةَ بِضَعِيْفِهَا: بِدَعْوَتِهِمْ، وَصَلاَتِهِمْ، وَإِخْلاَصِهِمْ.
“Sesungguhnya Allah menolong umat ini dengan sebab orang-orang lemah di antara mereka iaitu dengan doa, solat dan keikhlasan mereka.” (Sunan an-Nasa'i, no. 3178)
KETUJUH:
Berbakti kepada mereka akan menjadi sebab hilangnya kesulitan pada Hari Kiamat kelak. Sabda Nabi s.a.w:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ...
"Sesiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat dan sesiapa yang memudahkan kesulitan orang yang dililit hutang, Allah akan memudahkan atasnya di dunia dan akhirat." (Sahih Muslim,no. 2699, Sunan Abu Daud, no. 3643, Sunan at-Tirmidzi, no. 2646 dan Sunan Ibnu Majah, no. 225)
Kredit: Kalam Ulama

Comments
Post a Comment